Friday, December 19, 2008

knock..knock..

Assalamualaikum..

Aarrgghhh…. Dah lama sgt2 tak update blog. Bulan Ogos haritu masuk kerja baru. Dalam proses sesuaikan diri + kerja yang melambak2 = xsempat menulis..

Ehehe…alasan?

Seriously masa dh sgt terhad sekarang ni (Demi masa!)

Tapi harini bertabah juga dapatkan masa untuk menulis..iaitu pada pukul 2-3 pagi!!

Bukannya apa, ade la beberapa org sahabat yang meminta saya untuk menulis lg dlm blog ni, termasuklah tunangku..dish! dish!
Maka sejurus mendapat ilham td, trus bangun.. bukak laptop n menaip..

Maka, Saya meletakkan harapan pada diri sendiri.. untuk teruskan menulis n hopefully akan berterusan ;p… Berusahalah!! (#’o’)/

[Dec 19 : 2.50a.m]
Huaarrgghh..
Erk….Ok la…it’s time to sleeeeep…. (-_-) ZzzZz

Nilaian bagi HARGA

How do we measure “HARGA”?

Contoh :
1. Emas = dikatakan berHARGA jika dapat dijual semula dengan harga yang sama atau lebih tinggi. Pernah dengarkan orang berkata “emas putih mmg cantik tp sayangnya kalau nk jual blk HARGAnya rendahlah”

2. Barang keperluan (barang dapur, makanan etc) = Barang yang dibeli dengan harga 2-3 kali ganda lebih mahal dari harga biasa namun kualitinya tidak seberapa. Pasti akan merungut, “Ish! Takde kualiti langsung! Tak padan dengan HARGA!”
3. Kasih Sayang/Pengorbanan = Kebiasaannya orang akan berkata “HARGA sebuah kasih sayang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.”

Jadi apakah standard dalam mengukur HARGA?

Tak tahulah ape pendapat korang, Tapi bagi saya HARGA dinilai melalui FUNGSInya. Apabila ia MENEPATI FUNGSInya.

Seperti contoh di atas.
1. Emas dinilai dengan FUNGSInya – Fungsi pertama = apabila cantik dipakai oleh si pemakai. Fungsi kedua = tanda diri dimiliki. Fungsi ketiga = boleh dijual balik dengan harga yang setimpal. (banyak lagilah fungsinya mengikut individu).

2. Barang keperluan juga dinilai dengan FUNGSInya. Barang yang dibeli mestilah berfungsi dengan baik. Lebih mahal sesuatu barang, fungsinya mestilah lebih baik.

3. Kasih Sayang juga dinilai dengan FUNGSI. Yeke? Bagi saya benar.
Ada kasih sayang yang menyebabkannya diingati dan dibawa mati.
Ada juga kasih sayang yang mendatangkan penyeksaan.
Bagaimana pula kasih sayang yang dikatakan tidak ternilai dengan wang ringgit?
Bagi saya apabila seseorang individu itu telah MENEPATI FUNGSInya.
Fungsi apa? Mungkin sebagai ‘soulmate’, ‘teman suka duka’, ‘berkorban apa saja”, ‘good listener’, ‘being part of me/us’………………………….. (and the list goes on..)
Itulah HARGA sebuah kasih sayang.

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Bagaimanakah Allah meletakkan HARGA Maha Pemurah & Maha Penyayang pada manusia?
(–wallahualam- Allah Maha Mengetahui)

Bagaimana pula manusia meletakkan HARGA kalimah-kalimah Allah (yakni Al-Quran)?
Tidak berharga? Harga yang rendah? Harga yang tinggi? Tidak ternilai harganya?
(seharusnya kita mengetahui)

Sesungguhnya Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pelajaran.
(Ad-Dukhaan : 58)


Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?
(Al-Qamar : 17)


Jadi sudahkah manusia memastikan kalimah Allah menepati FUNGSInya?

Fikirkan.. (huhu…. Buat diriku jua..)