Monday, June 27, 2011

Rasa hati itu... zahirkan...

***Suara hati 21 Jun 2011***


Mengapa rasa ini perlu ada?
Menzahirkan rasa kasih sayang bukan kebiasaanku..
Lisan pun tidak...apatah lagi melalui sentuhan...
Bukan bererti tiadanya kasih..tiadanya sayang..
Hakikatnya...
Hati ini begitu mewah dengan kasih...
mewah dengan sayang...
mewah dengan cinta..
bagiku....biar rasa ini menjadi rahsia antara sang insan dan Yang Maha Mengetahui...
Tapi kini... Mengapa rasa ini perlu ada?
Hari demi hari, hati ini menanggung rasa pedih..

Dibenakku sering bermain-main dgn persoalan ini..
Mengapa selama ini terlalu sukar untukku zahirkan apa yg tersimpan rapi dlm hati kedapku ini...
Biarpun Sang Pencipta Mengetahui.. tetapi tidak bagi mereka yang amat ku sayangi..
Mereka hanyalah insan biasa seperti ku...yang mempunyai batas pengetahuan atas suatu yg tidak diperlihatkan...diperdengarkan...diperkatakan.....
Terlalu yakinkah aku tentang betapa mengertinya mereka tentang rasa hatiku?

Oh.. semua ini kusedari setelah mak pergi...
Sejak pemergianmu..tiap detik waktu...ku sering tertanya...
”Tahukah mak betapa kasih dan sayangnya aku terhadapnya..adakah dia mengerti sewaktu hayatnya”

Pada hari ini...aku telah melakukan kerja gila..
Sesuatu yang tidak pernah ku lakukan...suatu yang cukup berat untuk kulakukan selama ini...
Cukup malu untuk kumulakan...
Kutatap potret ibuku...
Ku belai lembut tangan ibuku..
Ku usap semahunya wajah ibuku....
Kukucup pipi ibuku...
Menderu air mataku jatuh kebumi...
Tangan itu tidak hangat...
wajah itu tidak bertindak balas...
Mengapa baru kini aku mahu zahirkannya...
Astagfirulllahaladzim...
Aku telah hilang pertimbangan warasku....

Mak..Rina harap mak mengerti....
Selama ini...
Sungguh..
rina amat menyayangi mak..
Terlalu menyayangi dan mengasihi mak...
Rina harap mak mengerti... T_T

Buat suamiku...
Terima kasih atas kesabaran..
Sungguh diri ini amat kasih dan cinta pada abang..pada elman... maaf kerana tidak kerap melafazkannya

Abah....adik-adik..
Sungguh...
kaklong amat menyayangi kalian...
diri ini masih cukup sukar untuk menzahirkannya..
Sejarah telah mencorak diri ini..
Tetapi satu sahaja yang kaklong pinta...
Simpan kedap dalam hati kalian..
Kalian adalah insan yg amat kaklong kasihi...

Buat kamu..
buat yang sudi membaca note ini..
Mungkin ada yang sama sepertiku...
Cukup berat menzahirkan rasa kasih dan sayang...
Tapi ambillah pesanku...
Zahirkan.. walaupun rasa malu begitu menebal... zahirkan..
Agar kamu tidak menjadi sepertiku..
Agar penyesalan itu tidak wujud setelah kamu kehilangan...

senyum manis mu :)

***Suara hati 16 Jun 2011***

Khamis minggu keempat..
Begitu pantas detik waktu..
Khamis minggu keempat..
Tiada lagi senyum manismu..
Khamis minggu keempat..
Dunia bukan lagi tempat ibuku...

......................

16 April 2011..
Birthday yang ke-53 buat Rusnani binti Jupri..
Kami sekeluarga (kecuali adik bongsu) sambut birthday mak di Thai Base..
Fahmi kata mak pernah suarakan ..
”teringinnya nk makan kt situ lagi..sedap makanannya..”

Mak gembira..
Kami semua gembira..
Apatah lagi terhibur dek kelincahan elman-cucu yang amat disayangi mak..
Setiap bibir menggariskan senyuman manis..
53 sudah umur mak..
Masih kelihatan cantik ..kelihatan muda untuk umur sebegitu..
Pada saat dan ketika itu.. pasti setiap dari kami..
Merasakan syukur atas kurniaan Tuhan.. atas kehidupan kami..
Syukur kerana masih memanjangkan umur ibu kami..

Masih segar dlm ingatan ini..
Setelah pulang ke rumah.. setiap dari kami berusaha utk sembunyikan kejutan buat mak..
Dan... surprise!!
Ada hadiah utk mak!!
Oven..
Oven lama dah rosak..berkali2 mak pernah berkata “nak kene beli oven ni..x syok raya nnt xde kuih”
Mak cukup gembira dengan hadiah diberikan..
Beriya dia cuba meneliti setiap butang2 yg ada pd oven tersebut..
Beriya dia cuba memahami manual oven tersebut..
Serentak itu juga kami semua menyuarakan
“Mak mesti buat pizza sambal tumis ikan bilis ni..dah lama x makan”
Masih segar diingatan ini..
senyuman manis dan hilai tawa mak..

......................

19 May 2011
Al-Fatihah..
Moga mak tenang di sana..

Mak..
Tak berkesempatan kami nak merasa pizza sambal tumis ikan bilis mak..
Beberapa minggu sebelum itu ..
Syukur.. Zeti sahaja yg diberi kesempatan itu..
Dan..itulah yang pertama dan terakhir mak gunakan oven tersebut..

Mak..
Jangan risau ya..
Kami makin tabah menempuh ujian ini..
walaupun rindu yang hadir..
adakalanya.. lebih perit dan semakin berat untuk ditanggung hati ini..
selesai sudah tanggungjawab mak di bumi ini..
kami yang masih hidup ...
perlu meneruskan tanggungjawab menjadi nakhoda kapal hidup kami..
menongkah arus, ombak dan badai ujian dunia ini..
tanpamu...........................

......................

16 Jun 2011
InsyaAllah
Jika dipanjangkan umur.. diizinkan Tuhan..
Pada hari ini..
Dikediaman arwah mak.. akan diadakan Doa Tahlil..
Buat bekal mak di sana..
Buat “pesanan” kami yang masih hidup..

Senyuman manis mak ..
Kenangan manis bersamamu..
Terpateri kuat..kekal..dlm ingatan kami..
Selamanya..
Al-Fatihah...

Buat kamu yang bersedih hati...

***Suara hati 14 Jun 2011***

Hari meniti hari...ku gagahkan diri menempuh jalanan hidup tanpamu...
Kata-kata ini, ku cuba prinsipkan...
“Jangan...jangan sesekali tunjukkan diri ini begitu lemah”
“Jangan...jangan sesekali mengeluh atas suratan takdir”
“Jangan...jangan sesekali mengangankan ceritera yang tidak mungkin berlaku”
“Jangan..jangan sesekali terdetik rasa kesal yang bisa meracuni diri”
Jasad ini sungguh gagah menanamkan kata-kata ini..

Namun buat hati yg sekecil ini...manakan bisa menurutinya..
Tidak tewas.. namun dibalik jasad yang tabah ini..
JAUH disudut hati kecil ini, sayup-sayup berbisik..
“Ya... hati ini merintih rindu atas pemergianmu..”
“Ya... hati ini berbisik pilu atas musibah menimpa diri..”
“Ya...diri ini masih mengangankan detik kita bersama..”
“Ya... diri ini penuh kekesalan atas jalan kita pernah lalui bersama..”
Besar sungguh tanggungan hati sekecil ini..
Ku cuba memujuk hati ini agar tidak terdetik rasa ini..
Manakan tidak..
DIRI INI TELAH KEHILANGAN INSAN YANG PALING DISAYANGI..
BIARKAN HATI INI BERSEDIH.. BUKAN KERANA MEMPERSOALKAN TAKDIR..
CUMA..BIARKAN HATI INI BERSEDIH..
MUNGKIN..HANYA MASA YANG BISA MENJADI UBAT HATI INI..

____________________________________________________________

Buat kamu yang bersedih hati...
Menangislah jika itu yang dapat menenangkanmu,
Menangislah jika itu menjadikan dirimu berfungsi sebaiknya,
Menangislah jika itu tandanya kamu menginsafi diri,
Menangislah jika itu menyedarkanmu betapa kecilnya dirimu sebagai hamba Allah.

Buat kamu yang bersedih hati...
Biarkan air mata itu gugur.. mungkin air mata itu bisa mengubati hatimu,
Biarkan air mata itu gugur.. mungkin air mata itu bisa menghidupkan hatimu dari mati,
Bukankah air mata itu milikan kita,
Anugerah Tuhan untuk DIFUNGSIKAN sebaiknya.

“dan bahwasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu),dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,dan bahwasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan,”
(An Najm : 42-44)


Buat kamu yang bersedih hati...
Menangislah...

____________________________________________________________
Air mata telah jatuh membasahi bumi
takkan sanggup menghapus gelisah
penyesalan yg kini ada
jadi tak berarti
karna waktu yg bengis terus pergi

Menangislah bila harus menangis
karena kita semua manusia

Manusia bisa terluka
manusia pasti menangis
dan manusia pun bisa mengambil hikmah

Dibalik segala duka tersimpan hikmah
yg bisa kita petik pelajaran
dibalik segala suka tersimpan hikmah
yg kan mungkin bisa jadi cobaan

http://www.youtube.com/watch?v=k5nDRdQrnPc

____________________________________________________________

Oh..Khamis datang lagi

***Suara hati 9 Jun 2011***

Satu masa dulu..
semakin bertambah hari bekerja..
semakin gembira..gembira menantikan hujung minggu..
jika berkesempatan.. kami akan balik ke Puncak Alam..
berjumpa keluarga tercinta :)

Kini..
semakin bertambah hari bekerja..
semakin resah, semakin gelisah..
hari ini.. hari ITU telah tiba..
perit untuk ku lalui hari INI..
waktu tidurku tidak pernah lena..
ingatanku sering memutarkan kembali detik-detik akhir melihat mak...
Namun..aku harus bersyukur..atas kesempatan itu..
kerana..kesempatan itu bukan milik adik bongsuku..
"kuat-kuat ye adik sayang.. kaklong tahu.. anak paling muda ini sebenarnya paling tabah :)"

Adakala..
aku cuba mencipta situasi... situasi yang mungkin bisa merubah takdir..
Ya! adakalanya ianya berlaku..
Sungguh! Berdosanya aku sebagai hamba Allah..to have such a thought..
lemahnya aku..hinanya aku...

Rina!!

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal . Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya).
(Yunus : 49)

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?
(Al An'aam : 32)


Astagfirullahaladzim!
Astagfirullahaladzim!
Astagfirullahaladzim!

"Ya Allah..Ya Tuhanku Al-Khaliq..
Berikanlah kami sekeluarga ketenangan, kesabaran dan kekuatan bagi meredhai takdir-Mu ini..
Berilah kami kekuatan menempuh hari ini.. malam ini..
malam penuh duka.. penuh luka..
Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengetahui atas segala sesuatu..
Amin"

Aku percaya.. malam ITU yang penuh shahdu..
Sebenarnya..penuh madu..
bukankah itu namanya Kehidupan..
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..."


.....................................................................

Buat abah yang dikasihi..
Maafkan Rina..
Tiada kata yang mampu Rina ungkapkan di dalam Notes luahan hati seorang abah..

Buat adik-adikku..
Maafkan kaklong..
jika tidak menjadi kakak yang sempurna..tidak memberikan contoh terbaik..

Maafkan rina..
Selama ini lidah ini sungguh berat untuk mengungkapkan kata2 ini..
hanya mampu membisu..
mungkin kerana ianya terlalu berharga untuk dilafazkan..
Rina Sayang Mak sangat2..
Rina Sayang Abah sangat2...
Kaklong sayang adik kaklong sangat2..

Kini.. hanya kita yang tinggal..
Insan pengikat kasih sayang sesama kita telah pergi..
Kini.. tiba masanya kita membina "tali" sendiri..

.....................................................................

Anganku sudah terhenti..

***Suara hati 6 Jun 2011***

Saban hari menjengah ke bilik arwah mak..terusik jiwaku..
saban hari menuruni anak tangga,
menatap wajah mak dalam gambar konvo kami ..
terdetik di hati ku "cantiknya mak :), mak..rina rindu...rindu sangat-sangat"
aban hari, di tiap segenap sudut dan ruang rumah mencetuskan memori bersama mak tersayang..
ke mana sahaja aku berdiri di bumi ini, "wayang" memori kita bersama sering dilayarkan..
bercampur baur perasaan ini..
ku gagahkn diri untuk menahan air mataku dr jatuh ke bumi..
aku perlu redha..

mak.. rina tak pernah kongsikan angan-angan rina..
terlalu banyak rina angankan tentang masa depan bersama mak..
tentang senarai perancangan hadiah hari lahir mak setiap tahun...
tentang percutian yang teringin rina bawa mak satu masa nanti..
tentang aktiviti kita dengan "anak-anak" rina dan adik-adik..
semua angan-angan ini sering bermain di fikiran satu masa dulu..
hanya menunggu masa untuk dilunaskan..

Tapi..kini...semua angan-angan ini perlu berhenti...sudah terhenti..
aku perlu redha..

Mak...
"anak-anak" rina dan adik-adik tidak berkesempatan mengenali nenek mereka..
insan yang paling menyayangi kami..
insan yang paling banyak berkorban demi kami..
andai dipanjangkan umur kami dan diberikan rezeki zuriat..a
kan kami panjangkan kasih sayang mak kepada anak-anak kami..
agar kasih sayang tulus suci "Rusnani binti Jupri" sentiasa hidup..
InsyaAllah...

I love U, Mak
Al-Fatihah...

Pergi dan tak akan kembali lagi

***Suara hati 27 May 2011***

Di kala ini.. hari yang sama... 19 Mei 2011.. mak telah pun meninggalkan kami...

Moga kami dikurniakan ketabahan sebagaimana yang mak miliki..

Selama ini, mak sering ditinggalkan kami dalam tempoh yang lama,,
Abah, 3 kali pernah berbakti di negara luar (angola & Sierra leone) dalam tempoh yang lama..antara 1-2 tahun tiap satu..
Rina; bermula dari tahu 1999 rina, telah tinggalkan mak.. untuk belajar, kemudian duduk berasingan setelah bekerja dan berkahwin
Fahmi, bermula dari 2000, fahmi telah tinggalkan mak.. untuk belajar, kemudian duduk berasingan setelah bekerja dan berkahwin
Zeti, bermula dari 2000, zeti telah tinggalkan mak.. untuk belajar
Begitu juga dengan hilmi, bermula dari 2003, hilmi telah tinggalkan mak.. untuk belajar,,

Mak, tidak pernah sekalipun tinggalkan kami..
Malah mak kelihatan tabah untuk menempuh hidupnya walau sering ditinggalkan.. sedkit pn tidak terpalit sifat lemah dalam diri mak..

Mak, inilah satu2nya masa mak tinggalkan kami... mungkin kami tidak bersedia untuk ini.. tidak bersedia untuk ditinggalkan mak... mak tinggalkan kami buat selama-lamanya...

"Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja."(Al-Jaatsiyah/24)

Rina harap...kami semua diberi kekuatan sebagaimana yang mak miliki selama ini.. kami juga harus bersyukur kerana mak pergi menghadap Ilahi..
Syukur..sungguh indah pemergianmu.. tiada sakit yang kritikal...tiada kesukaran tika dijemput Allah..
Tika menemankan jenazah mu untuk kembali ke tanah... ramai sungguh yg menemanimu...sungguh ramai menyanyangimu..
Semoga mak tenang di sana,, Amin...

http://www.youtube.com/watch?v=kY6V7stmWp8

Wednesday, June 1, 2011

Setelah 28 tahun..aku perlu berdikari (yep...selepas 28tahun ;p)

***Suara hati 30 May 2011***

Rina: hello..assalamualaikum.. buat ape tu?
Mak: waalaikumusalam.. tengah tengok cerita korea.. nape?
Rina: korea x abes2..xde lah.. saje nk britahu,,,rina cuti harini... Elman cirit birit..
Mak: hah!! siannye cucu aku... ko bg dia makan apa..
Rina: tu la..asyik berak je.. abes baju kerja rina pagi td pn kene berak dia.. rina bagi makan ape eh.. mm..huhu...sory mak..sejak mak pergi rina xberapa jaga sangat makan elman sebenarnye...
Mak : ...................................

Tersentak dari "angan-angan"..tiap kali elman sakit.. serta merta akan beritahu mak.. x lama lepas tu..pasti abah n adik2 tahu dari mak..mak biasanya akan bagi petua2 dia.... (x selalu pn ikut... suka je nak share dgn mak..nggeee)oh ya... selama ni mmg mak akan sentiasa jadi org pertama diberitahu atau org yg dirujuk...
- sewaktu tahu result mengandung, mak diberitahu dulu sebelum suami...
- setiap kali checkup pregnancy, pasti call mak, update status terkini...
- check up elman, pasti akan blk puncak alam dan kerap jg mak temankan atau mak bawa elman kalau rina tak dpt cuti
- selalu call tanyakan resepi.zzeti cerita.. kalau rina call mak waktu lunch atau dinner, mak mesti ngomel "kaklong kau la tu... asyik call tanya resepi je"... hehehehe....
- tiap kali tempah baju pasti ditemani mak.. design baju pn pasti dirujuk mak.. malah baju terakhir ditempah (untuk wedding fahmi - mac 2011).. minta pendapat mak juga, mak pn berkata "tah..baju kau.. mak jgk kena fikirkan"...hehe.. suara hatiku "ye... keputusan mak pasti terbaik" ;p ... cuma 2-3minggu sebelum mak pergi..tergerak hati rina untuk tempah sendiri... yep...setelah ada anak... rina dah beritahu mak sabtu terakhir bersama..mak tak bantah..setuju pn tidak..
- cermin mata.. tak pernah lagi buat sendiri lagi... pasti mak temankan dan design jg hasil bincang dgn mak (wpun biasa la mesti ade unsur perli2 n gaduh2 sket...;p).. sabtu terakhir dgn mak pn..rina ajak mak teman buat spek rina... mak tak bantah.. setuju pn tidak..
- semua yang hendak dilakukan... pasti nak cuba ikut apa yg mak buat..

Kini..... kami sekeluarga perlu berdikari sendiri... perlu membuat keputusan sendiri.. perlu berdiri sendiri...BERUSAHALAH!! (#^o^)/

My Super Hot Mak

***Suara hati 26 May 2011***

Ya Allah .. Ar-rahman.. Ar-rahim..
Sesungguhnya kami bersyukur ke hadrat mu Ya Allah..
Meminjamkan kami insan terhebat dalam hidup kami..
Rusnani binti Jupri..
walau hanya 53 tahun hayatnya .. dan Engkau jemputnya kembali..
kami tidak menyesal.. kami tidak mengeluh..
Terima kasih Ya Allah untuk 28 tahun yang indah dalam hidupku ini..

Mak,
terlalu banyak kenagan di rumah mak yg tidak ternilai harganya..semua mak hasilkan/jaga sendiri...Pokok2 mak sungguh mekar dan subur.. cantik "taman" mak

Mak..
maafkan rina kalau xpandai jaga semua pokok2 mak.. mak pn tahu kan betapa risaunya rina tiap kali berkebun.. anak sulung mak ni mcm kanak2 kecil. .takut sgt pada cacing.. insyaAllah rina cuba jaga pokok2 mak tu..

Mak,
rina masih ingat dulu, semua baju kami mak jahitkan..baju sekolah..baju raya.. mak pernah jahit baju kemeja untuk abah.. langsir, selimut..semua mak buat sendiri..rina paling ingat mak pernah jahit baju kot dan seluar slack berwarna pink yg mak pakai untuk mengajar tadika..cantik sgt Kot mak tu..
rina ingat dulu..dah besar2 ni pn kadang2 mak yg jahitkn kalau pakaian kami koyak2..sorry mak..rina xde niat susahkn mak.. rina sendiri beritahu mak nk jahit hujung minggu... balik2 je tengok mak dah jahitkn..
baju elman..selalu rina beli besar2.. rina pakaikan je baju besar2 tu.. balik kerja je..tengok2 mak dah jahitkan pakaian2 elman bagi kecik sikit .. sungguh kasih dan sayang mak pd cucunya..
hati kami sayu tengok baju kurung kelabu mak dalam bilik.. mak x sempat siapkn jahitan manik di tangan baju tu..
mak..niat rina nak sambung...tapi rina x tahu ...

Mak,
semua alas meja kerusi.. semua mak kait sendiri... cantik sgt2... sepanjang hayat mak ni.. tak terkira dah berapa banyak mak kait sendiri.. sungguh istimewa...Abah kalau outstation pn takkan lupa utk belikan benang kait yg istimewa dan mahal2 utk mak..
mak.. insyaAllah rina akan belajar semua tu..
Mak,ingat masa kitorg kecik2 dulu.. semua mak buat sendiri..abah pn xsuka makan luar..xpernah terabai makan minum kami..
ingat x mak selalu buat donut dengan sos coklat buatan sendiri.. kitorg boleh makan xhenti2...
pizza sambal tumis ikan bilis, xkan dapat kat mana2 pn,
murtabak udang kering, roti canai dan roti boom garing special utk anak2 dia..
stick daging dgn sos black pepper super pedas, sambal goreng special.. berjam2 nak sediakan..
karipap pusing special.. dulu pernah jual frozen karipap pusing.. .laku sgt..kadang2 beratus2 org order, semua mak buat sendiri.. rina pernah cakap pd mak.. "beli je la kepit tu...senang.."; mak kata "xcantik, xkan nak bg org makan yg xelok.."..huhu
nasi ayam mak juga special.. abah pernah cerita, kawan dia ajak pergi kedai nasi ayam paling famous, abah pn pergi..then abah kata pada kawan dia "ish...xsedap la..orang rumah saya buat lg sedap".. tersenyum bangga mak dengarkn pujian abah tu..

Mak...
rina kecewa masih xcekap..malah ada yang rina xsempat belajar pun.. wpun mak dah ajar berpuluh kali..rina masih lupa..
Abah.. adik2.. sory rina xmampu nk masak macam mak..
walau beribu kali rina cuba..pasti takkan sama..
kerana rina tiada renceh istimewa mak
"Rencah Kasih Sayang Rusnani binti Jupri"

Mak,
Mak lah idola rina utk menjadi isteri terbaik buat suami.. abah sgt2 dijaga sebaiknya oleh mak
Rina masih ingat rina pernah hidang air pada suami tanpa lapik cawan.. pantas mak tegur rina..
kadang2 bila sampai di rumah, excited nak cerita macam2 pd mak.. pantas mak tegur rina "Sediakn air utk laki kau dulu".
Rina ingat mcm mana mak serve makanan :)
pinggan kene sama tema.. kalu pinggan bunga pink..semua kene pinggan bunga pink.. pinggan magkuk lauk pn kene lebih kurang sama tema.. jangan sesekali warna lain..
pergi dan balik kerja abah bersambut, kini abah sudah tiada teman lagi...

Mak,
walau mcmmana sekalipun ujian dan cabaran menimpa2 hidup mak tanpa henti2..
sedikit pn kami tidak terjejas kerana mak cuba sebaiknya supaya kami rasa "dijaga" oleh mak..
mak insan paling banyak berkorban untuk kami..

Mak..
rina cuba jadi seperti mak...tapi rina gagal2..akhir2 ni.. anak dan suami rina terabai.. rina terlalu pentingkan diri sendiri...
"Abang, maafkan sayang.. Elman..maafkan mama"..

Mak..
Rina baru sedar selama ni mak terlalu memanjakan kami.. dam kami terlalu bergantung kepada mak.. ahad terakhir rina spent masa dgn mak pun.... mak sediakn sarapan utk rina dan elman...
Mak... semua orang kata rina nampak tabah... terima kasih mak.. mak didik rina sebegini rupa..
Rina cuba sebaik mungkin tabah utk abah, adik2, makcik2, dan kawan2 mak...
rina cuba naikkan semangat mereka..

Mak,
maaf sepanjang hayat sesama kita jarang zahirkan kasih sayang melalui belaian manja.. tapi rina percaya... mak didik rina sebegini untuk jadi insan kuat.. supaya bila mak meninggalkan kami semua.. rina ingatkn mereka.."mak tak mahu semua bersedih..mak nak semua kuat.. teruskan kehidupan..jadi insan berguna...tolong orang susah.."tapi hari ini.. rina letih mak.. utk tahan air mata rina..tahan kesedihan rina.. rina x sedar betapa rina sudah rapuh ..lemah.. maaf mak..rina kecewakan mak.. mak..rina janji akan cuba kuatkn kembali diri rina...

Semakin bertambah hari mak tinggalkan kami...
semakin kuat rasa rindu kami..
Tapi mak jangan risau...
air mata dan kerinduan kami ini bukti Syukur kami xterhingga kerana Allah pinjamkan Rusnani binti Jupri untuk kami semua..
Kami berjanji utk jadi insan yang dapat berbakti dunia akhirat...
Semoga Mak tenang di sana.. Amin....