Monday, August 25, 2008

Human Characteristic Through “The Dark Knight” movie

I like to watch movies, sangat2 suke tapi dengan syarat movie tersebut
- mempunyai ilmu atau moral values disebaliknya
- dan paling penting ialah movie yang terkesan dalam diri terhadap hidup yang sedang ditempuhi hari-hari

Keseluruhan ceritanya memang menarik, jika hendak dirumuskan dari segi kehebatan efek atau CGI...i’m not that person. Sangat tidak pandai menilai secara halus, jika aspek ini menjadi penilaian.

But, this is what i learned from “The Dark Knight” movie..

Menariknya, bagi saya movie ini telah merumuskan tentang SIFAT MANUSIA yang wujud disekeliling kita atau mungkin sebenarnya ia TELAH DAN AKAN mencerminkan diri kita sendiri.

Batman
- merupakan kelompok minoriti
- pernah ditindas kerana kerakusan dan kezaliman manusia
- mengetahui HAKIKAT YANG BENAR dalam dunia dan memilih untuk MELAKSANAKAN JALAN YANG BENAR walaupun kebanyakan masyarakat tidak menyukai dan menentang
- Walau terbukti telah menyelamatkan manusia, kebanyakan manusia masih tetap berpaling dari menerima kebenarannya
- Tidak lemah, tidak lesu dan tidak menyerah walau mendapat tentangan hebat.

Joker
- merupakan kelompok minoriti
- pernah ditindas kerana kerakusan dan kezaliman manusia
- mengetahui HAKIKAT YANG BENAR dalam dunia dan memilih untuk MEMBUAT KEROSAKAN di muka bumi
- bijak dalam mempengaruhi manusia untuk melanggar prinsip sendiri
- berjaya mendatangkan KETAKUTAN kepada manusia dan menjadikan manusia patuh dan tunduk terhadap ideologinya (lets put a smile on that face!!)

Harvey Dent / Two Face
- Merupakan orang yang DIAGUNG-AGUNGKAN kerana prinsipnya.
- Akhirnya kecundang dan menjadi orang yang MENENTANG PRINSIP SENDIRI kerana tidak dapat menahan ujian (kadang2 ujiannya datang dari manusia, seperti pengkhianatan dsb)
- You either die a hero or you live long enough to see yourself become the villain."
- Lemah dan menyerah bila menghadapi tentangan yang hebat

Det. Lt. James Gordon
- berkuasa dan berpengaruh dalam mengawal keamanan masyarakat
- mengetahui HAKIKAT YANG BENAR dalam dunia
- walaupun mungkin dia tidak membuat kesalahan tetapi dia telah MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN kononnya demi kesejahteraan masyarakat. Menjadikan manusia alpa dan sentiasa selesa dalam hidup kerana merasakan dunia serba indah dan cukup walaupun terdapat ancaman dari segenap sudut

Det. Anna Ramirez
- berkuasa dan berpengaruh dalam mengawal keamanan masyarakat
- MENINDAS yang lain DEMI KEPENTINGAN SENDIRI (polis yang corrupt demi menyelamatkan ibunya, die telah membocorkan rahsia yang besar)

The reporters
- berpengaruh dalam menetukan kepercayaan masyarakat
- hanya tahu menuding dan memuji sahaja
- jika wujud kesalahan (atau pada mereka ianya salah), pertama-tama sekali menuding dan mendatangkan kesengsaraan kepada pihak tertentu
- jika wujud kemenangan, bijak pula bersorak-sorak tanpa menghiraukan usaha yang telah diletakkan (mementingkan diri sendiri)

Cukuplah setakat itu,
perhatikan kerana sedar atau tidak, mungkin kitalah watak itu..
atau mungkin juga sebagai peringatan dari menjadi karakter yang tidak sepatutnya..
who knows.... kerana adakalanya..atas suatu sebab.. seseorang itu sudah tidak menghiraukan tentang betul atau salah... apa yang lebih penting ialah memperjuangkan ideologi atau prinsip sendiri...
peringatan kepada diri sendiri jg

(p/s = sangat berbesar hati kalau ade siapa2 yang mahu share pandangan atau ilmu yang diperoleh dr movie ni ;-) )

Monday, August 4, 2008

Melayu ... Melayu

“Takkan melayu hilang didunia”

Itu adalah antara petikan kata dari pahlawan “melayu” kita, Hang Tuah..

Apa yg di maksudkan dengan MELAYU?
Adakah melayu itu berasaskan warna kulit? Adakah kerana lahirnya telah mengalir darah melayu dalam diri? Atau adakah melayu hanya sekadar “perkataan” melayu yang ada di dalam ic? Itukah Melayu?

Atau adakah sebenarnye melayu merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai prinsip atau dasar dirinya sebagai seorang “melayu”?

just wonder...

Terdapat kontradiksi yang amat jelas antara petikan di atas dengan keadaan sekeliling yang dapat kita perhatikan...tak perlu jauh-jauh..cukuplah dihimpun sebahagian daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku baru-baru ini..

Main zina-zina (Metro 25 julai)
Ramai remaja rosak (Metro 3 ogos)
Kemaruk kafe siber (Metro 3 ogos)
Guna anak samun salun kecantikan (Metro 2 ogos)
Wang zakat RM1.6j lesap (Metro 2 ogos)
Kepala dalam plastik (Metro 1 ogos)

Aarrgghhhh!!! Cukup!!! Hari-hari kita dengar cerita sebegini, makin hari makin kejam..makin hari…setapak melangkah keluar dr rumah…bermacam2 peristiwa menakutkn bermain2 di fikiran…jangankn di luar rumah…dalam rumah pun sudaj tidak selamat.. tidak kesah lah siapa pelaku nya dan siapa mangsa nya… tp peristiwa2 ni berlaku berdekaatan sahaja dgn kita..

Kalau inilah melayu yang dikatakan..
YA!!! BETUL!!! Melayu itu tidak hilang malah merata...melata di segelenap ruang...
walau ruang2 sempit.. gelap..kotor...!!!

Nampak mcm tegas kan?...tetapi inilah yang berlaku..
Amat menyedihkan bila memikirkan hakikat lahirnya seorang melayu maka dirinya lahir sebagai seorang Islam...
Islam yang membawa maksud “peace” , “sejahtera”
Inikah “kesejahteraannya” yang dimaksudkan ?
Tetapi apabila ada yang mengatakan tentang kelemahan Islam... ramai yang bangun menentang malah ada segelintir yang menentang dengan kekasaran yang melampau..

Salahkah kata mereka?
YA!!! Salah!! Kerana “islam” itu tidak lemah, tetapi kuat! Indah! Cantik! Toleransi! Sejahtera!

Tetapi...Benarkah kata mereka?
YA!! Benar!! Kerana manusia yg membawa dirinya sebagai orang islam itu yang lemah!

Jadi siapa yang benar , siapa yang salah?

Hanya untuk berkongsi, i try to search what is the meaning of “Melayu”.. n this is one of the meaning that captured my eyes..setiap hari dengar..tapi xterfikir untuk mencari maksudnya..

Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara.

Mmm..Boleh dikatakan juga maknanya ialah “Hijrah dan terus berjalan”..
Sebuah pengembaraan = ade satu niat dan ade sesuatu perlu digerakkan...
Dan hijrah pastinye dari satu keburukan kepada lebih baik... bukannye sebaliknye...
Kalau sebaliknya (suatu yg baik ke buruk) perkataan yang lebih tepat adalah “terjerumus”...

Kemanakah hendak berlari? Kemana juga hendak mengembara?
Hijrah dr titik mana ke titik mana? Bicara hijrah kemudian berjalan….

Jika benarlah kata2 Hang Tuah itu…
Dan hakikat beginilah keadaan “melayu” skrg…
Jika benarlah melayu itu ialah “orang-orang yang hijrah kemudian berjalan”
Jadi fikirkan dan laksanakanlah.. kerana lahirnye manusia di bumi ini dengan tanggungjawab…

BENARKAN kata-kata ini HIDUP!! dan KEKAL!!!
Pastinya akan sentiasa maju ke hadapan..

“Takkan melayu (orang-orang yang hijrah dan berjalan ) hilang didunia”

jangan biarkn kelompok ini makin layu
selami hati...gunakan akal... fikir2kanlah...