Monday, August 25, 2008

Human Characteristic Through “The Dark Knight” movie

I like to watch movies, sangat2 suke tapi dengan syarat movie tersebut
- mempunyai ilmu atau moral values disebaliknya
- dan paling penting ialah movie yang terkesan dalam diri terhadap hidup yang sedang ditempuhi hari-hari

Keseluruhan ceritanya memang menarik, jika hendak dirumuskan dari segi kehebatan efek atau CGI...i’m not that person. Sangat tidak pandai menilai secara halus, jika aspek ini menjadi penilaian.

But, this is what i learned from “The Dark Knight” movie..

Menariknya, bagi saya movie ini telah merumuskan tentang SIFAT MANUSIA yang wujud disekeliling kita atau mungkin sebenarnya ia TELAH DAN AKAN mencerminkan diri kita sendiri.

Batman
- merupakan kelompok minoriti
- pernah ditindas kerana kerakusan dan kezaliman manusia
- mengetahui HAKIKAT YANG BENAR dalam dunia dan memilih untuk MELAKSANAKAN JALAN YANG BENAR walaupun kebanyakan masyarakat tidak menyukai dan menentang
- Walau terbukti telah menyelamatkan manusia, kebanyakan manusia masih tetap berpaling dari menerima kebenarannya
- Tidak lemah, tidak lesu dan tidak menyerah walau mendapat tentangan hebat.

Joker
- merupakan kelompok minoriti
- pernah ditindas kerana kerakusan dan kezaliman manusia
- mengetahui HAKIKAT YANG BENAR dalam dunia dan memilih untuk MEMBUAT KEROSAKAN di muka bumi
- bijak dalam mempengaruhi manusia untuk melanggar prinsip sendiri
- berjaya mendatangkan KETAKUTAN kepada manusia dan menjadikan manusia patuh dan tunduk terhadap ideologinya (lets put a smile on that face!!)

Harvey Dent / Two Face
- Merupakan orang yang DIAGUNG-AGUNGKAN kerana prinsipnya.
- Akhirnya kecundang dan menjadi orang yang MENENTANG PRINSIP SENDIRI kerana tidak dapat menahan ujian (kadang2 ujiannya datang dari manusia, seperti pengkhianatan dsb)
- You either die a hero or you live long enough to see yourself become the villain."
- Lemah dan menyerah bila menghadapi tentangan yang hebat

Det. Lt. James Gordon
- berkuasa dan berpengaruh dalam mengawal keamanan masyarakat
- mengetahui HAKIKAT YANG BENAR dalam dunia
- walaupun mungkin dia tidak membuat kesalahan tetapi dia telah MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN kononnya demi kesejahteraan masyarakat. Menjadikan manusia alpa dan sentiasa selesa dalam hidup kerana merasakan dunia serba indah dan cukup walaupun terdapat ancaman dari segenap sudut

Det. Anna Ramirez
- berkuasa dan berpengaruh dalam mengawal keamanan masyarakat
- MENINDAS yang lain DEMI KEPENTINGAN SENDIRI (polis yang corrupt demi menyelamatkan ibunya, die telah membocorkan rahsia yang besar)

The reporters
- berpengaruh dalam menetukan kepercayaan masyarakat
- hanya tahu menuding dan memuji sahaja
- jika wujud kesalahan (atau pada mereka ianya salah), pertama-tama sekali menuding dan mendatangkan kesengsaraan kepada pihak tertentu
- jika wujud kemenangan, bijak pula bersorak-sorak tanpa menghiraukan usaha yang telah diletakkan (mementingkan diri sendiri)

Cukuplah setakat itu,
perhatikan kerana sedar atau tidak, mungkin kitalah watak itu..
atau mungkin juga sebagai peringatan dari menjadi karakter yang tidak sepatutnya..
who knows.... kerana adakalanya..atas suatu sebab.. seseorang itu sudah tidak menghiraukan tentang betul atau salah... apa yang lebih penting ialah memperjuangkan ideologi atau prinsip sendiri...
peringatan kepada diri sendiri jg

(p/s = sangat berbesar hati kalau ade siapa2 yang mahu share pandangan atau ilmu yang diperoleh dr movie ni ;-) )

11 comments:

Anonymous said...

Cisss....Aku tunggu DVD cetak rompak keluar...Baru dapat tgk dan bg komen...Hehehehe

Yang benar-
Merah

Anonymous said...

hehehe...topik menarik yg best dan seronok disentuh..DARK KNIGHT or dlm melayu (ksatria malam)..penceritaan tentang satu keadaan dunia yg nampak macam "ok" disiang dan malam hari tetapi realitinya tidak selamat..manusia2 yg ada kt dlm gotham city tu tau..dan hanya berharap pada seorang hero utk selamatkan derang dan byk berlaku "batman wannabe" yg nak jadi macam dia tetapi hasilnye menyusahkan dia balik..sbb wannabe still is wannabe..xde pengetahuan @ xtau motif@ x tau macamne nak selamatkan gotham city even batman pon xtau jugak sbb semua yg da buat still xde penghujung.

sampai dia terpikir2..bilakah sampai masanya the dark knight tidak diperlukan lagi..means keadaan kembali baik dan sejahtera seperti kata2nye kepada ex-awek dia(You know that day you once told me about, when Gotham would no longer need Batman? It's coming..)

kerana wujudnye satu character baru.."Gotham's white knight" iatu harvey dent yg hebat!yang batman rasakan dpt meringankan beban dia..tapi akhirnya gugur gak the white knight hanya disebabkan dia diuji dan dipush hingga ke limit..hingga perjuangannye bertukar menjadi dendam,prinsip berkubur bila nafsu mengatasi minda..

hasilnye terpaksalaa batman settlekan keje dia blk siap kene tanggung semua kesalahan harvey dent tu..

bagi aku..kita x perlukan seorang hero..mungkin lebih baik berpuluh2 or maybe beratus2 or berjuta2 hero yg macam batman dan harvey dent tu..sebab beban yg ditanggung oleh 2 org kalau dicompare dgn 10 org..bukan ke lebih berat?kalo 100 org? kalo sorang gugur kita still ade 99 org..

contoh yg aku nak nampakkan kat sini..pelajaran kat mana2 dlm wayang ke dlm ape2 jelaa yg kita tgk..mesti ade pelajaran..contohnye pelajaran yg ada dlm solat jumaat..kenapa wajib berjemaah?kenapa 40 org? 2 org kire jemaah ape?kenapa kalo jemaah lagi baik dari solat sendiri2..contohnye..kalo imam terbatal solat..ade atleast ada 40 org makmum kat belakang dia yg sanggup jd imam!.yg sanggup carry task ibadah pada waktu itu..bila gugur atau terbatal seorang ketua..akan adakah "pengganti2" di belakangnya..atau terhentila satu ibadah(bende baik) hanya disebabkan tiada org lagi dibelakang..dan perlukan perbuatan solat itu td dimulakan semula akibat tiadanya "pengganti2" itu..sbb itu!! sape nak ganti?dan siapa yg sanggup carry task tu?dan siapa yg sedia utk berbuat? dari sekadar berbual..

Anonymous said...

konfem takde keje lain ni..hehe

Zukhrina! said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hi..nk menyampuk gak..ape yg rina ckp tu mmg betul..mase tgk batman aritu..lepas je kuar wayang masih terfikir2 lagi setiap character dlm cerita tu..dan ia mencerminkan idup kite sbnr...

red said...

www.cakapmerah.blogspot.com

Hehehe....

Zukhrina! said...

Sangat bersetuju dengan pandangan kuda perang yang berlari kencang.
"Tentang perlukan 'jemaah' orang2 yang hebat"
bila diperhatikan, bukan tiada orang yang hebat, dimana-mana sahaja, pasti ada, termasuk Malaysia. Tetapi manusia tetap manusia, adakalanya perlu diganti atas faktor usia dan kudrat (sesungguhnya manusia itu mmg LEMAH..akan dimamah usia juga. Kita hanyalah ABDI ALLAH)
Dlm situasi sekarang, bila ada pengganti, penggantinya tidak meneruskn kehebatan orang yang diganti. Malah, memperjuangkan pula ideologi yang sgt berbeza.
Persoalannya :
Adakah ini dinamakan "PENGGANTI" atau lebih kepada "BERTUKAR". Kehebatan sebelum ini hanya terkubur.
Jika diperhatikan pada zaman kekhalifahan, selepas Rasulullah s.a.w wafat. Ada ramai PENGGANTI dibelakangnya yang hebat, yang sanggup MENGGANTI tugas sepertimana baginda melaksanakan tugasnya. (Khalifah pun membawa maksud pengganti)

Siapa yang mahu jadi "jemaah" manusia yang hebat? masih menunggu?
atau perlu PRINSIPKAN dalam diri sendiri
"Aku mahu jadi yang hebat! Dan aku mahu kerabat2ku menjadi orang yang hebat! Membawa matlamat yang SATU"
Dengan matlamat yang satu kita akan teguh (jemaah), matlamat yang bercerai-berai kita akan roboh (sendiri-sendiri)

Berbalik kepada movie DARK KNIGHT ni, ada kelompok manusia yang minority yang memperjuangkan satu matlamat; iaitu "KESEJAHTERAAN BUMI MEREKA"

Jadi, Apakah sebenarnya MATLAMAT kita? (banyak pelajaran dalam movie ni..hehe)

mm..sampai bila nk jadi orang yang lemah ni??! hari2 dok mengeluh memerhatikan drama bumi kite ni, atau pn merasakan tertindas dibumi sendiri ni (rasenye leh kene darah tinggi ni..huhu)

PERHATIKAN dan FIKIRKAN dengan AKAL

Anonymous said...

Ekeke..nk tambah sket je..

"Wa la tam syifil ar'dhi maroha"

Don't you ever walk upon God's earth with head held high and brag fills your heart.


Manusia ni ciptaan yang kompleks@terbaik Tuhan. Dh tentula ade persimpangan yang mengubah manusia itu.

Mungkin sifat manusia suka mengubah dan mempengaruhi. Maka yang lemah akan dipengaruh, yang kuat mempengaruh.

Wallahua'lam.

http://www.aidilangelo.com

strangelyfamiliar said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

satu pelajaran..
that some negative acts are actually driven by positive reasons..

Anonymous said...

tulis la lagi