Monday, August 4, 2008

Melayu ... Melayu

“Takkan melayu hilang didunia”

Itu adalah antara petikan kata dari pahlawan “melayu” kita, Hang Tuah..

Apa yg di maksudkan dengan MELAYU?
Adakah melayu itu berasaskan warna kulit? Adakah kerana lahirnya telah mengalir darah melayu dalam diri? Atau adakah melayu hanya sekadar “perkataan” melayu yang ada di dalam ic? Itukah Melayu?

Atau adakah sebenarnye melayu merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai prinsip atau dasar dirinya sebagai seorang “melayu”?

just wonder...

Terdapat kontradiksi yang amat jelas antara petikan di atas dengan keadaan sekeliling yang dapat kita perhatikan...tak perlu jauh-jauh..cukuplah dihimpun sebahagian daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku baru-baru ini..

Main zina-zina (Metro 25 julai)
Ramai remaja rosak (Metro 3 ogos)
Kemaruk kafe siber (Metro 3 ogos)
Guna anak samun salun kecantikan (Metro 2 ogos)
Wang zakat RM1.6j lesap (Metro 2 ogos)
Kepala dalam plastik (Metro 1 ogos)

Aarrgghhhh!!! Cukup!!! Hari-hari kita dengar cerita sebegini, makin hari makin kejam..makin hari…setapak melangkah keluar dr rumah…bermacam2 peristiwa menakutkn bermain2 di fikiran…jangankn di luar rumah…dalam rumah pun sudaj tidak selamat.. tidak kesah lah siapa pelaku nya dan siapa mangsa nya… tp peristiwa2 ni berlaku berdekaatan sahaja dgn kita..

Kalau inilah melayu yang dikatakan..
YA!!! BETUL!!! Melayu itu tidak hilang malah merata...melata di segelenap ruang...
walau ruang2 sempit.. gelap..kotor...!!!

Nampak mcm tegas kan?...tetapi inilah yang berlaku..
Amat menyedihkan bila memikirkan hakikat lahirnya seorang melayu maka dirinya lahir sebagai seorang Islam...
Islam yang membawa maksud “peace” , “sejahtera”
Inikah “kesejahteraannya” yang dimaksudkan ?
Tetapi apabila ada yang mengatakan tentang kelemahan Islam... ramai yang bangun menentang malah ada segelintir yang menentang dengan kekasaran yang melampau..

Salahkah kata mereka?
YA!!! Salah!! Kerana “islam” itu tidak lemah, tetapi kuat! Indah! Cantik! Toleransi! Sejahtera!

Tetapi...Benarkah kata mereka?
YA!! Benar!! Kerana manusia yg membawa dirinya sebagai orang islam itu yang lemah!

Jadi siapa yang benar , siapa yang salah?

Hanya untuk berkongsi, i try to search what is the meaning of “Melayu”.. n this is one of the meaning that captured my eyes..setiap hari dengar..tapi xterfikir untuk mencari maksudnya..

Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara.

Mmm..Boleh dikatakan juga maknanya ialah “Hijrah dan terus berjalan”..
Sebuah pengembaraan = ade satu niat dan ade sesuatu perlu digerakkan...
Dan hijrah pastinye dari satu keburukan kepada lebih baik... bukannye sebaliknye...
Kalau sebaliknya (suatu yg baik ke buruk) perkataan yang lebih tepat adalah “terjerumus”...

Kemanakah hendak berlari? Kemana juga hendak mengembara?
Hijrah dr titik mana ke titik mana? Bicara hijrah kemudian berjalan….

Jika benarlah kata2 Hang Tuah itu…
Dan hakikat beginilah keadaan “melayu” skrg…
Jika benarlah melayu itu ialah “orang-orang yang hijrah kemudian berjalan”
Jadi fikirkan dan laksanakanlah.. kerana lahirnye manusia di bumi ini dengan tanggungjawab…

BENARKAN kata-kata ini HIDUP!! dan KEKAL!!!
Pastinya akan sentiasa maju ke hadapan..

“Takkan melayu (orang-orang yang hijrah dan berjalan ) hilang didunia”

jangan biarkn kelompok ini makin layu
selami hati...gunakan akal... fikir2kanlah...

13 comments:

munkyG said...

jadi, konsklusinya, perlukah ketuanan melayu ini dipertahankan di bumi malaya, dalam keadaan dan suasana politik masakini?

Anonymous said...

Nama MELAYU itu selalu dikaitkan dengan sifat bangsanya yg peramah, pendiam, dan pemalu. Adalah menjadi adat org MELAYU itu sendiri menerapkan unsur2 kesopanan dalam nilai murni kehidupan. Jangan tak sedar, satu perkataan tidak semestinya membawa satu erti. Nama MELAYU, dalam maksud Bahasa Malaysia, sudah menunjukkan kelemahan, kemundurun dan bermacam jenis maksud lain yg negatif. Nama MELAYU itu sendiri tidak sepatutnya menjadi nama kepada sesuatu bangsa. Bukankah dalam Islam kita digalakkan memberi nama yg baik2 pada anak2 kita. Diharapkan nama itu nanti bakal meresap dalam jiwa anak2 itu. Tidakkah perkara yg sama patut berlaku pada nama bangsa? Kenapa bangsa MELAYU tidak diberikan nama dengan maksud yg bertentangan, yg lebih positif, seperti MENEGUH. KENAPA? jika wujudnya murtad bangsa, aku antara org yg ingin turut serta.

munkyG said...

melayu adalah bangsa yang sudah lama. bukan sengaja-sengaja nama melayu itu digunakan untuk menamakan bangsa. maksud melayu itu lebih meluas dan tidak menjurus kepada maksud terkini'melayu' itu.

orang melayu di nusantara telah menerima pelbagai pengaruh sebelum kedatangan islam itu, seperti pengaruh hindu yang menggunakan bahasa sanskrit sebagai pengantara. jadi maksud melayu didalam sanskrit adalah berlainan dgn melayu yang kita fahami sekarang.

tiada munasabah untuk menukarkan nama bangsa semata2 bangsa itu tidak maju jaya.

Zukhrina! said...

MELAYU itu sendiri hanyalah satu perkataan yang melambangkan satu bangsa dan seringkali manusia2 meletakkan characteristic yang tertentu untuk setiap bangsa itu. Ada benarnya kerana lahirnya seorang manusia itu dipengaruhi oleh gene factor (physical trait) atau environmental factor (appearance or maybe adat2)...
Tetapi berbezanya dlm diri setiap individu itu ialah PRINSIP dan AKAL.
Benar seperti anonymous katakan... lately terlalu banyak lemparan negatif yang diterima oleh MELAYU. Tetapi negatif sahajakah? Mana positifnya? and i try to search maksud MELAYU and ada maksud positif iaitu mereka yang berhijrah, berlari or orang yang sentiasa mahu baiki kehidupan dan maju kehadapan..
Hidup adalah tentang PILIHAN.. MELAYU yang manakah ada dalam diri kita?
dan sedar atau tidak MELAYU itu tidak semestinya melambangkan bangsa but what we chose to be no matter who you are :

1. Nama MELAYU, dalam maksud Bahasa Malaysia, sudah menunjukkan kelemahan, kemundurun dan bermacam jenis maksud lain yg negative

2. “Mlayu” = orang yang berlari atau mengembara. Orang yang sentiasa berhijrah ke suatu keadaan yang lebih baik dari sebelumnya, yang sentiasa berlari dan maju kehadapan.

So, who you want to be?

kuda perang yg berlari kencang said...

melayu...satu bangsa yg pernah nak berubah..pernah nak jadi hebat..pernah nak gah..tapi terbantut..harinih..dia lebih bantut..lebih mengecil..lebih kecil pon dari dulu..dengan pecah belah politik..dari kerosakan akhlak..dari perspektif ilmu..dari kejahilan dan kejumudan..harini..bisakah kita melihat..dan memerhatikan bangsa yg semakin merundum kejatuhan "kemelayuannya" atau adakah sudah sampai masa kita bangkit..perhatikan dan belajar utk berubah..its a step..not something yg mudah2 je nak diubah..bangkitlah dari tidur bangsaku..campakkan selimut yg menyelimuti diri..dan menahan kita dari mendengar..dari melihat..memahami..bahawa masa for us to "awake" is NOW!!

chedin said...

hi zukhrina...dah kuar dari Bessar baru tau die ada blog...ni chedin.. dah jadi blogger ye hehe..ada masa baca la blog saya ni kat www.rakancyber.com.my/Abeyy

SHARIFAH ZAHIRA SYED IEDIN said...

Kak Sharifah~

Rajin2 la menulis lagi ok.

Ira nak baca =)

wahida said...

hi rina..

red said...

LAYU jika ditambah imbuhan ME jadi laa ME-LAYU...

Mohd Ariff said...

gitulah gamaknye..

fell free ti visit my blog ye..
http://ariff89.blogspot.com

xmizanx said...

huhu,, that right

Anonymous said...

hmm..nak buat mcmana bile sesama melayu pun bermusuh disebabkan perbezaan politik..yang melayu satu ni ajak bersatu sebab melihat kuasa politik melayu di malaysia makin lemah, tapi dituduh pula ada udang disebalik batu,dituduuh lagi bila rasa lemah baru ajak bergabung, malah lebih rela berkawan dgn bukan melayu asalkan tidak dgn puak melayu yang satu ni. melayu di satu pihak lain pulak memang sah tak memperjuangkan melayu dan islam..hanya slogan keadilan yang mahu dijuangkan tanpa mengira kaum..

walhal melayu sendiri lebih tidak diberi keadilan di negara sendiri dari aspek perniagaan,pekerjaan di sektor swasta dan sebagainya..berlaku banyak penindasan oleh bukan melayu terhadap melayu di sektor pekerjaan malah perniagaan..

melayu ?? oh melayu ?? hancur berpecah belah ?? ada ulamak?mampukah ulamak itu menyatupadukan ummat melayu??oh tidak..ulamak itu lebih suka melayu A dan melayu B ini tidak bersatu..lebih baik si melayu B ini berkawan dengan syaitan katanya asalkan tidak dengan melayu A.

Anonymous said...

melayu ialah bangsa yang secara tidak sedar, suka 'melayukan' diri mereka sendiri...semakin lama semakin layu dan layu dan layu dan lemah dan lemah... akan munculkah 'melayu' yang bangkit? pasti ada.. bak kata hang tuah "tak melayu hilang di dunia"...