Monday, June 27, 2011

Pergi dan tak akan kembali lagi

***Suara hati 27 May 2011***

Di kala ini.. hari yang sama... 19 Mei 2011.. mak telah pun meninggalkan kami...

Moga kami dikurniakan ketabahan sebagaimana yang mak miliki..

Selama ini, mak sering ditinggalkan kami dalam tempoh yang lama,,
Abah, 3 kali pernah berbakti di negara luar (angola & Sierra leone) dalam tempoh yang lama..antara 1-2 tahun tiap satu..
Rina; bermula dari tahu 1999 rina, telah tinggalkan mak.. untuk belajar, kemudian duduk berasingan setelah bekerja dan berkahwin
Fahmi, bermula dari 2000, fahmi telah tinggalkan mak.. untuk belajar, kemudian duduk berasingan setelah bekerja dan berkahwin
Zeti, bermula dari 2000, zeti telah tinggalkan mak.. untuk belajar
Begitu juga dengan hilmi, bermula dari 2003, hilmi telah tinggalkan mak.. untuk belajar,,

Mak, tidak pernah sekalipun tinggalkan kami..
Malah mak kelihatan tabah untuk menempuh hidupnya walau sering ditinggalkan.. sedkit pn tidak terpalit sifat lemah dalam diri mak..

Mak, inilah satu2nya masa mak tinggalkan kami... mungkin kami tidak bersedia untuk ini.. tidak bersedia untuk ditinggalkan mak... mak tinggalkan kami buat selama-lamanya...

"Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja."(Al-Jaatsiyah/24)

Rina harap...kami semua diberi kekuatan sebagaimana yang mak miliki selama ini.. kami juga harus bersyukur kerana mak pergi menghadap Ilahi..
Syukur..sungguh indah pemergianmu.. tiada sakit yang kritikal...tiada kesukaran tika dijemput Allah..
Tika menemankan jenazah mu untuk kembali ke tanah... ramai sungguh yg menemanimu...sungguh ramai menyanyangimu..
Semoga mak tenang di sana,, Amin...

http://www.youtube.com/watch?v=kY6V7stmWp8

No comments: