Monday, June 27, 2011

senyum manis mu :)

***Suara hati 16 Jun 2011***

Khamis minggu keempat..
Begitu pantas detik waktu..
Khamis minggu keempat..
Tiada lagi senyum manismu..
Khamis minggu keempat..
Dunia bukan lagi tempat ibuku...

......................

16 April 2011..
Birthday yang ke-53 buat Rusnani binti Jupri..
Kami sekeluarga (kecuali adik bongsu) sambut birthday mak di Thai Base..
Fahmi kata mak pernah suarakan ..
”teringinnya nk makan kt situ lagi..sedap makanannya..”

Mak gembira..
Kami semua gembira..
Apatah lagi terhibur dek kelincahan elman-cucu yang amat disayangi mak..
Setiap bibir menggariskan senyuman manis..
53 sudah umur mak..
Masih kelihatan cantik ..kelihatan muda untuk umur sebegitu..
Pada saat dan ketika itu.. pasti setiap dari kami..
Merasakan syukur atas kurniaan Tuhan.. atas kehidupan kami..
Syukur kerana masih memanjangkan umur ibu kami..

Masih segar dlm ingatan ini..
Setelah pulang ke rumah.. setiap dari kami berusaha utk sembunyikan kejutan buat mak..
Dan... surprise!!
Ada hadiah utk mak!!
Oven..
Oven lama dah rosak..berkali2 mak pernah berkata “nak kene beli oven ni..x syok raya nnt xde kuih”
Mak cukup gembira dengan hadiah diberikan..
Beriya dia cuba meneliti setiap butang2 yg ada pd oven tersebut..
Beriya dia cuba memahami manual oven tersebut..
Serentak itu juga kami semua menyuarakan
“Mak mesti buat pizza sambal tumis ikan bilis ni..dah lama x makan”
Masih segar diingatan ini..
senyuman manis dan hilai tawa mak..

......................

19 May 2011
Al-Fatihah..
Moga mak tenang di sana..

Mak..
Tak berkesempatan kami nak merasa pizza sambal tumis ikan bilis mak..
Beberapa minggu sebelum itu ..
Syukur.. Zeti sahaja yg diberi kesempatan itu..
Dan..itulah yang pertama dan terakhir mak gunakan oven tersebut..

Mak..
Jangan risau ya..
Kami makin tabah menempuh ujian ini..
walaupun rindu yang hadir..
adakalanya.. lebih perit dan semakin berat untuk ditanggung hati ini..
selesai sudah tanggungjawab mak di bumi ini..
kami yang masih hidup ...
perlu meneruskan tanggungjawab menjadi nakhoda kapal hidup kami..
menongkah arus, ombak dan badai ujian dunia ini..
tanpamu...........................

......................

16 Jun 2011
InsyaAllah
Jika dipanjangkan umur.. diizinkan Tuhan..
Pada hari ini..
Dikediaman arwah mak.. akan diadakan Doa Tahlil..
Buat bekal mak di sana..
Buat “pesanan” kami yang masih hidup..

Senyuman manis mak ..
Kenangan manis bersamamu..
Terpateri kuat..kekal..dlm ingatan kami..
Selamanya..
Al-Fatihah...

No comments: