Wednesday, June 1, 2011

My Super Hot Mak

***Suara hati 26 May 2011***

Ya Allah .. Ar-rahman.. Ar-rahim..
Sesungguhnya kami bersyukur ke hadrat mu Ya Allah..
Meminjamkan kami insan terhebat dalam hidup kami..
Rusnani binti Jupri..
walau hanya 53 tahun hayatnya .. dan Engkau jemputnya kembali..
kami tidak menyesal.. kami tidak mengeluh..
Terima kasih Ya Allah untuk 28 tahun yang indah dalam hidupku ini..

Mak,
terlalu banyak kenagan di rumah mak yg tidak ternilai harganya..semua mak hasilkan/jaga sendiri...Pokok2 mak sungguh mekar dan subur.. cantik "taman" mak

Mak..
maafkan rina kalau xpandai jaga semua pokok2 mak.. mak pn tahu kan betapa risaunya rina tiap kali berkebun.. anak sulung mak ni mcm kanak2 kecil. .takut sgt pada cacing.. insyaAllah rina cuba jaga pokok2 mak tu..

Mak,
rina masih ingat dulu, semua baju kami mak jahitkan..baju sekolah..baju raya.. mak pernah jahit baju kemeja untuk abah.. langsir, selimut..semua mak buat sendiri..rina paling ingat mak pernah jahit baju kot dan seluar slack berwarna pink yg mak pakai untuk mengajar tadika..cantik sgt Kot mak tu..
rina ingat dulu..dah besar2 ni pn kadang2 mak yg jahitkn kalau pakaian kami koyak2..sorry mak..rina xde niat susahkn mak.. rina sendiri beritahu mak nk jahit hujung minggu... balik2 je tengok mak dah jahitkn..
baju elman..selalu rina beli besar2.. rina pakaikan je baju besar2 tu.. balik kerja je..tengok2 mak dah jahitkan pakaian2 elman bagi kecik sikit .. sungguh kasih dan sayang mak pd cucunya..
hati kami sayu tengok baju kurung kelabu mak dalam bilik.. mak x sempat siapkn jahitan manik di tangan baju tu..
mak..niat rina nak sambung...tapi rina x tahu ...

Mak,
semua alas meja kerusi.. semua mak kait sendiri... cantik sgt2... sepanjang hayat mak ni.. tak terkira dah berapa banyak mak kait sendiri.. sungguh istimewa...Abah kalau outstation pn takkan lupa utk belikan benang kait yg istimewa dan mahal2 utk mak..
mak.. insyaAllah rina akan belajar semua tu..
Mak,ingat masa kitorg kecik2 dulu.. semua mak buat sendiri..abah pn xsuka makan luar..xpernah terabai makan minum kami..
ingat x mak selalu buat donut dengan sos coklat buatan sendiri.. kitorg boleh makan xhenti2...
pizza sambal tumis ikan bilis, xkan dapat kat mana2 pn,
murtabak udang kering, roti canai dan roti boom garing special utk anak2 dia..
stick daging dgn sos black pepper super pedas, sambal goreng special.. berjam2 nak sediakan..
karipap pusing special.. dulu pernah jual frozen karipap pusing.. .laku sgt..kadang2 beratus2 org order, semua mak buat sendiri.. rina pernah cakap pd mak.. "beli je la kepit tu...senang.."; mak kata "xcantik, xkan nak bg org makan yg xelok.."..huhu
nasi ayam mak juga special.. abah pernah cerita, kawan dia ajak pergi kedai nasi ayam paling famous, abah pn pergi..then abah kata pada kawan dia "ish...xsedap la..orang rumah saya buat lg sedap".. tersenyum bangga mak dengarkn pujian abah tu..

Mak...
rina kecewa masih xcekap..malah ada yang rina xsempat belajar pun.. wpun mak dah ajar berpuluh kali..rina masih lupa..
Abah.. adik2.. sory rina xmampu nk masak macam mak..
walau beribu kali rina cuba..pasti takkan sama..
kerana rina tiada renceh istimewa mak
"Rencah Kasih Sayang Rusnani binti Jupri"

Mak,
Mak lah idola rina utk menjadi isteri terbaik buat suami.. abah sgt2 dijaga sebaiknya oleh mak
Rina masih ingat rina pernah hidang air pada suami tanpa lapik cawan.. pantas mak tegur rina..
kadang2 bila sampai di rumah, excited nak cerita macam2 pd mak.. pantas mak tegur rina "Sediakn air utk laki kau dulu".
Rina ingat mcm mana mak serve makanan :)
pinggan kene sama tema.. kalu pinggan bunga pink..semua kene pinggan bunga pink.. pinggan magkuk lauk pn kene lebih kurang sama tema.. jangan sesekali warna lain..
pergi dan balik kerja abah bersambut, kini abah sudah tiada teman lagi...

Mak,
walau mcmmana sekalipun ujian dan cabaran menimpa2 hidup mak tanpa henti2..
sedikit pn kami tidak terjejas kerana mak cuba sebaiknya supaya kami rasa "dijaga" oleh mak..
mak insan paling banyak berkorban untuk kami..

Mak..
rina cuba jadi seperti mak...tapi rina gagal2..akhir2 ni.. anak dan suami rina terabai.. rina terlalu pentingkan diri sendiri...
"Abang, maafkan sayang.. Elman..maafkan mama"..

Mak..
Rina baru sedar selama ni mak terlalu memanjakan kami.. dam kami terlalu bergantung kepada mak.. ahad terakhir rina spent masa dgn mak pun.... mak sediakn sarapan utk rina dan elman...
Mak... semua orang kata rina nampak tabah... terima kasih mak.. mak didik rina sebegini rupa..
Rina cuba sebaik mungkin tabah utk abah, adik2, makcik2, dan kawan2 mak...
rina cuba naikkan semangat mereka..

Mak,
maaf sepanjang hayat sesama kita jarang zahirkan kasih sayang melalui belaian manja.. tapi rina percaya... mak didik rina sebegini untuk jadi insan kuat.. supaya bila mak meninggalkan kami semua.. rina ingatkn mereka.."mak tak mahu semua bersedih..mak nak semua kuat.. teruskan kehidupan..jadi insan berguna...tolong orang susah.."tapi hari ini.. rina letih mak.. utk tahan air mata rina..tahan kesedihan rina.. rina x sedar betapa rina sudah rapuh ..lemah.. maaf mak..rina kecewakan mak.. mak..rina janji akan cuba kuatkn kembali diri rina...

Semakin bertambah hari mak tinggalkan kami...
semakin kuat rasa rindu kami..
Tapi mak jangan risau...
air mata dan kerinduan kami ini bukti Syukur kami xterhingga kerana Allah pinjamkan Rusnani binti Jupri untuk kami semua..
Kami berjanji utk jadi insan yang dapat berbakti dunia akhirat...
Semoga Mak tenang di sana.. Amin....

No comments: